Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

ETIKA YANG KE 7

Assalamu'alaikum Wr,Wb

ETIKA yang ke tujuh ini kita bawa pandangan bagaimana perhubungan manusia dengan alan sufli (alam yang rendah) Iaitu alam yang di jadikan Tuhan yang sudah menjadi rosak dan binasa oleh tangan-tangan yang jahat dari nafsu manusia yang ganas dan rakus terhadap alam ciptaan Tuhan kerana tidak memahami ETIKA kehidupan

Yang pasti apabila alam ciptaan Tuhan menjadi rosak maka penghuninya juga turut menjadi rosak, zaman telah hampir kepada penghujung perjalanannya, masa telah berjalan dengan terlalu laju, cuaca telah menjadi tidak menentu, kekuatan perut bumi sudah mulai retak kerana tidak tertahan menanggung dosa alam yang menjadi penghuninya

Manusia yang Allah amanahkan sebagai Khalifah untuk memelihara bumi sudah tidak terdaya untuk mengawal dan memeliharanya sebagaimana juga mereka sudah tidak terdaya memelihara diri mereka sendiri, manusia sudah kehilangan punca kerana tidak kuasa untuk mencari punca kerana punca kerosakkan diri merekapun sudah menjadi gelap dan gelita untuk di fahami

Jalan keluar untuk memahami alam diri dan alam-alam yang lain sudah menjadi berliku-liku akibat permodenan hidup yang di perkenalkan mengikut akal sendiri, akhirnya manusia menjadi keliru dan buntu dengan pandangan akal sendiri yang memerangkap kehidupan mereka ibarat menggali untuk diri sendiri

Zaman awalnya manusia telah di perkenalkan dengan hanya satu jalan yang di sediakan oleh Allah daripada langit, akan tetapi jalan tersebut sudah di ubah-ubah oleh manusia sehingga menjadi ketegangan di antara sesama manusia, mengubah cara hidup kerana hendak menunjukkan kepandaian sendiri akhirnya mereka sudah membuat kerosakkan kepada fitrah alam dan diri mereka sendiri, akhirnya mereka tersungkur begitu saja

Manusia mempunyai jalan awal yang benar daripada Allah s.w.t yang di bawa oleh malaikat Jibril atas perintah Allah s.w.t, di berikannya kepada manusia yang menjadi Rasul dan Nabi, tujuannya tiada lain melainkan untuk menyelamatkan manusia supaya tidak terkeluar daripada landasannya, kemudian apabila perkembangan tamadun bangsa manusia berubah dengan begitu laju maka manusia terpaksa berubah mengikut msa yang begitu laju akhirnya manusia kebanyakkannya tergelincir daripada jalan yang awal

Niat sudah menjadi tidak selari dengan perbuatan, masa dan tamadun hidup sudah menguasai manusia, lama kelamaan kehidupan yang sedemikian rasanya sudah menjadi sesuai dengan alasan mengikut tamadun dan masa, akhirnya manusia hanyut kerana di kuasai dunia dan gugurlah status mereka sebagai khalifah Allah di bumi, dan bertukar tanganlah tugas khalifah itu kerana mengejar dunia semata-mata dan tunduk pula kepadanya

Comments (0)