Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

ETIKA YANG KE 4

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Dalam surah Al Hijr ayat 4

Maksud Firman Allah s.w.t

Sesungguhnya hamba-hambaKu tiadak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu, iaitu orang yang sesat

Sabda Rasullullah saw yang bermaksud

Sesungguhnya tiada se orang daripada manusia (yang di lahirkan) melainkan di kembari Allah s.w.t se orang Jin sebagai kawan

Sabda Rasullullah saw lagi yang bermaksud

Tidaklah salah se orang daripada kamu (yang lahir kr dunia) melainkan dia telah di pertemankan dengan se orang kawan daripada Malaikat dan se orang musuh daripada Jin

Maksud ayat Al Quran dan hadis Rasullullah saw yang di atas menerangkan kepada kita bahawa setiap manusia telah di temankan oleh Allah dengan se orang Jin dan se orang Malaikat sebagai kawan, ertinya Allah telah membuat satu ketetapan bahawa Malaikat di tugaskan supaya memelihara manusia supaya ta'at kepada Allah dan Allah juga membuat satu ketetapan kepada manusia bahawa Jin di tugaskan se bagai kawan kepada manusia dengan tugas untuk menyesatkan manusia, ini atas fitrah awal yang Jin telah memohon kepada Allah untuk menyesatkan manusia

Di sinilah manusia wajib tahu bahawa pada diri manusia itu sudah di tentukan suratan ETIKA corak dalam kehidupan manusia mengikut dua kuasa makhluk yang menjadi teman mereka oleh Allah s.w.t, ini bererti bahawa Allah menemankan manusua dengan makhluk yang ber Etika dan seorang lagi yang tidak ber ETIKA

Setelah manusia memahami bahawa mereka ada satu musuh dan se orang kwan maka yang mana sepatutnya harus di ikuti oleh manusia! adakah mereka (manusia) mahu mengikut musuh atau kawan, apa yang kita maklum bahawa kebanyakkan manusia lebih cenderung kepada musuh yang tidak ber ETIKA dari cenderung kepada kawan yang ber ETIKA, kerana itu kita dapat melihat perangai manusia kebanyakannya tidak ber ETIKA, ertinya mereka mengikuti Jin

Di sebabkan kebanyakan manusia tidak dapat melihat kedua-dua kawannya itu maka adalah sukar bagi mereka mempercayai kedua musuh dan kawan tersebut ujud dalam kehidupan mereka melainkan mereka kena beriman kepada kuasa-kuasa makhluk yang ghaib, sepatutnya mereka melihat kelakuan sekalian manusia sebagai bukti ujudnya makhluk yang ghaib tersebut yang sentiasa mendorong manusia melakukan perbuatan yang baik dan jahat adalah datang dari ransangan kedua makhluk tersebut atas izin Allah s.w.t

Comments (0)