Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

ETIKA YANG KE 13

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Di kalangan umat islam terutamanya di negara Malaysia, ramai juga di kalangan umat islam yang memiliki emas sebagai harta yang kekal dan tidak merugikan akan tetapi kebanyakan mereka adalah untuk pribadi dan anak-anak sahaja, mereka di jangka akan mewarisi kekal hidup senang dan berbahagia

Di negara ini juga kita tidak kelihatan orang islam yang berniaga emas secara bersungguh-sungguh melainkan negeri Kelantan, di kalangan orang-orang cina boleh di katakan setiap negeri dalam negara ini di monopoli oleh kaum tersebut kerana mereka menyedari bahawa emas dan perak adalah sumber kekayaan

Atas kesedaran yang tidak berbelah bagi terhadap nasib umat islam di negara ini maka muncullah seorang hamba Allah yang berhempas pulas untuk membantu umat islam khususnya dan umat yang bukan islam amnya, beliau jatuh bangun dengan meletakkan segala takdir di tangan Tuhan

Beliau yang tak pernah mengaku kalah walaupun di tipu dengan berbagai-bagai olah dan mehnah, beliau terus dengan konsef tak pernah jemu, resiko yang di kenakan terhadapnya bukan sebarang tanggung namun beliau bersifat patah sayap terbang juga

Pada hari ini daya usha beliau sudah menampakkan cahaya daripada Allah untuk memperniagakan emas dengan nawaitu untuk menolong orang-orang islam dari segi moral dan ekonomi, inilah satu-satunya pusaka bangsa yang berpegang kepada kalimah tauhid La Illaha Illallah Muhammadarrasulullah bagi melaksanakan perniagaannya

Perniagaan apabila kita memohon dari keredhaan Allah maka pasti Allah akan membantu kita, maka dengan ini lahirlah sebuah perniagaan yang bernama ETIKA EMAS ESTET SDN BERHAD

Comments (0)