Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

ADA ORANG TANYA MENGENAL DIRI

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Apabila ada orang bertanya berkenaan MENGENAL DIRI maka kalau tak jawabpun paya juga, dan kalau jawab nantipun susah juga, tapi kata nabi sampaikanlah walaupun satu ayat, ok macam ni lah, lojiknya mereka yang tidak mengenal diri rata-rata akan menjadi tak sedar diri, dan apabila sudah mengenal diri maka dengan sendirinya kena mengenal Tuhan,kemudian apabila dah kenal Tuhan jangan nak jadi Tuhan pula, kerana diri kita Tuhan yang menjadikannya, ertinya mengenal diri dan mengenal Tuhan, istilah mengenal diri ni selalu di kaitkan dengan kata-kata yang sangat mashur iaitu Barang siapa yang mengenal dirinya maka ia mengenal Tuhannya, ayat ini bermaksud Dirinya itu bermakna dirinya yang sebenar diri, iaitu diri yang bermaksud Insan batin, atau di kenali juga sebagai Nafsahu (Nafs) yang anasirnya di kenali sebagai Nafas,Nufus,Ampas dan Tanafas (Bab ini perlulah berguru) dengan sebaik mungkin, tidak sempurna hanya membaca atau mempelajarinya pada blog-blog atau kitab-kitab, secara rengkasnya DIRI manusia itu terbahagi kepada dua bahagian, satu di kenali sebagai Jasmani, dan satu lagi di kenali sebagai Rohani, Jasmani itu bermula di cipta daripada ADAM yang anasirnya daripada tanah pilihan dan di cipta di Syurga Khuld, sementara Rohani telah di cipta oleh Allah lebih awal daripada makhluk allah yang lain di alam ROH

ROHANI terdiri dari Roh,Akal,Nafsu dan Nyawa, semua ini adalah bertaraf MAKHLUK, ROHANI terbahagi kepada dua, satu di kenali sebagai RUHUL YAQAZAH, ia terdiri dari Roh,Akal dan Nafsu, dan satu lagi di kenali sebagai RUHUL HAYAT, ia terdiri dari Nafas, atau Insan atau Nyawa (Banyak istilah ini) RUHUL YAQAZAH boleh keluar Jasad dengan izin Allah sila lihat dan rujuk Al An'am ayat 60 dan Az Zumar ayat 42, maka berlakulah mimpi, sementara RUHUL HAYAT tidak akan keluar daripada Jasad kecuali MAUT, RUHUL YAQAZAH di kenali sebagai DIRI TERPERI, sementara RUHUL HAYAT di kenali sebagai DIRI SEBENAR DIRI (Semua ini perlu di gurukan) Dan adalah lebih baik memulakan mempelajari ilmu ini dengan mempelajari ilmu sifat 20 dengan guru yang ahli, zaman sekarang ramai yang melarang bercakap tentang ROH kerana di katakan sebagai Ammar Rabbi (Urusan Tuhan) sekalipun mereka mengetahui bahawa Rohani itu adalah makhluk, pada hal agama memerintahkan supaya memikirkan tentang makhluk Allah dan jangan fikirkan tentang Zat Allah, oleh itu jika kita cuba memikirkan tentang ZatNya maka ia adalah di larang kerana ia tidak akan sampai kemana dan membuang masa

SETIAP MAKHLUK WJIB BERIBADAT

Rohani adalah makhluk, bagaimana ia beribadat? (Termasuk komponen Rohani tersebut) Jasmani juga beribadat bagaimana ia beribadat? Ertinya keseluruhan komponen manusia itu wajib beribadat sama ada secara jahar atau khafi atau beramal shuhud yang mengingat dan menyebut Wahdah atau kasrah, adapun maksud Wahdah itu adalah Esa dan kasrah itu adalah banyak, ertinya " Pandangan yang satu kepada yang banyak dan pandangan yang banyak kepada yang satu" Adapun istilah Alam kabir (Alam yang besar) itu adalah Rohani dan alam yang Saghir (Alam yang kecil) ia itu adalah Jasmani, semua ini wajib berguru dengan orang yang arif tentang ilmu ini, jangan pula bila sudah mengenal diri dan Tuhan lalu meninggalkan ibadat, ini tentulah ada yang tak kena, itu lah sebabnya ada jabatan agama islam yang melarang mempelajari ilmu ini kerana banyak yang terpesung dari jalan yang sebenar lalu mengaku itu dan ini, kemudian meninggalkan ibadat kepada Allah s.w.t Wallahu a'alam

SESUNGGUHNYA ILMU INI TERSANGAT LUAS, SELUAS LANGIT DAN BUMI


Comments (0)