Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 90

52
Salam

SAMBUNGAN DARIPADA PELAJARAN YANG KE 89

Secara rengkasnya kita telah terangkan ilmu yang dapat kita perolehi daripada kalimah   لا اله الا  dan sekarang kita akan bawakan pula ilmu yang berkait dengan kalimah  الله  didalam kalimah  لا اله الا الله  iaitu ilmu mengisbatkan  الله  (mengakui Allah) yang terletaknya banyak rahsia ilmu yang berasal daripadanya kerana  ilmu daripada kalimah  الله  inilah lahirnya ilmu yang menyatakan ujud ZatNya, SifatNya,AsmakNya dan juga Af'alNya

Pada perengkat awal dulu saya telah nyatakan bahawa ilmu kalimah  لا اله الا الله  ini adalah berasaskan  sifat  dua puluh, ertinya sesiapa yang tidak faham tentang ilmu sifat dua puluh maka adalah sukar baginya untuk mengulas N3 saya ini kerana itu ramai yang membuat ulasan mengikut cara mereka sendiri yang kadangkala hujah mereka terkeluar dari fakta ilmu yang disampaikan, pun begitu sekiranya mereka mengulas ilmu ini berasakan tafsir Al Quran maka mereka akan berjumpa juga dengan ilmu ini akan tetapi kebanyakan mereka hanya mengambil dari sudut terjemahan Al Quran sahaja kerana itu mereka akan bertemu dengan jalan yang berliku-liku

Ilmu daripada kalimah    لا اله الا الله   ini meliputi ilmu Rububiyah dan Uluhiyah yang pengertiannya terkumpul kepada  kalimah  رب العلمين  (Tuhan yang menjadikan seluruh 'alam) Kerana itulah dikatakan bahawa  sekiranya tujuh petala langit dan bumi diletakkan disatu timbangan sedangkan kalimah  لا اله الا الله  itu di letakkan disatu timbangan yang lain maka kalimah  لا اله الا الله  itu lebih berat dari tujuh petala langit dan bumi, demikianlah luasnya keilmuan  لا اله الا الله  tersebut, ertinya ilmunya meliputi seluruh alam baik alam yang ghaib maupun alam yang nyata

Kalimah الا  pada kalimah  لا اله الا الله  itu adalah kalimah asbat (Terima) sementara kalimah  الله  pada kalimah لا اله الا الله  adalah kalimah mengasbat (Menerima atau mengakui) Iaitu mengakui ujud Diri Tuhan yang bernama Nafsiyah, Ujud Kebesaran Tuhan yang dinamakan Salbiyah (Sifat yang menarik atau sifat keagungan yang hak bagi dirinya sahaja) Sifat Ma'anawiyah iaitu sifat Kebesaran Tuhan (Asmaul Husna) Sifat Ma'ani iaitu sifat Yang berdiri pada Zat Allah Ta'ala (Sifat yang berkehendakan kepada Tuhan) ertinya sifat makhluk, ini bermakna apabila kita sebut perkataan  الله  maka sebenarnya ia merangkumi ZatNya SifatNya, AsmakNya dan juga Af'alNya jadi yang inilah yang wajib kita faham dan terima ilmuNya

Nafsiyah adalah bertaraf Zat, Salbiyah bertaraf Zat, Ma'anawiyah bertaraf Zat sementara Ma'ani sahaja yang bertaraf sifat kerana ia adalah makhluk ertinya dengan ilmu ini maka ujudlah diantara keilmuan Tuhan dan juga hambaNya yang dijadikan oleh Allah  رب العلمين  (Tuhan yang mencipta alam atau makhluk) Kerana itu maka berkumpullah rahsia ujudnya ilmu diri Tuhan keagungan dan kebesaranNya serta makhlukNya yang kita boleh dapati hanya didalam kalimah  لا اله الا الله  jadi jika kita perhatikan bahawa keilmuan makhluk hanya ada pada kalimah  الا  sahaja, sebab itulah kalimah  الا (Melainkan)  itu adalah tidak mutlak kerana ia adalah alam ataupun makhluk yang hanya mengharapkan kepada Tuhan yang Esa dalam semua aktiviti kehidupan semua alam (makhluk)

sambung ...









 

MENGENAL DIRI YANG KE 89

75
Salam

SAMBUNGAN  DARI PELAJARAN YANG KE 88 BERKAIT DENGAN  LA ILLAHA

Setelah makhluk yang awal dicipta oleh Allah maka ia ditetapkan oleh Allah setiap makhluk dibawah peraturan dalam keadaan tiada daya dan upaya iaitu  لا حول ولا   (Tiada daya dan upaya)   demikianlah fitrah semua makhluk yang dicipta oleh Allah termasuklah bangsa Jin dan Malaikat yang tidak dapat di lihat. Apabila makhluk awal tersebut telah dicipta maka Allah menempatkannya disuatu alam yang dinamakan alam Roh, kemudia Allah jadikan pula empat anasir anasir alam yang nyata daripada NurNya iaitu tanah nurani, angin nurani, air nurani dan api nurul adhom, dari empat anasir inilah ujudnya penciptaan alam yang nyata

Adapun bentuk anasir alam yang nyata tersebut bukanlah seperti yang kita fikirkan, ia mungkin berupa zat-zat yang halus, atom, molikul-molikul atau elektron, atau ion atau neutron dan sebagainya, dalam istilah agama disebut sebagai jirim, jisim, jauharul fardhi dan jauharul basit, maka daripada sinilah Allah membentuk alam yang nyata dengan cara perperinkat-peringkat seperti yang disebut oleh Allah dalam surah Al Fussilat ayat 9 hingga 12. Maka dengan ujudnya makhluk maka makhluk adalah dibawah peraturan keilmuan  الا  iaitu satu peraturan tidak mutlak melainkan dikuasai dan ditadbir oleh Allah, kerana itulah dikatakan bahawa kalimah  الا  itu adalah berdarjat sifat Qahar sebagaimana firman Allah dalam surah Al An'am ayat 61

وهو القا هر فوق عباده ويرسل عليكم حفظة

Maksudnya:  Dan Dialah yang berkuasa terhadap sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (dari kalangan malaikat) 

Ayat yang diatas jelas menyatakan bahawa Allahlah yang berkuasa terhadap sekalian hambaNya, ini bererti segala makhluk ciptaan Tuhan adalah didalam kekuasaan Allah dengan maksud Dia mentadbir, mengatur, memerintah, mencipta dan sebagainya. Adapun sifat Qahar yang terdapat didalam keilmuan sifat 20 letaknya adalah pada kalimah  الا  dan ia mengandungi empat sifat ma'ani iaitu sifat Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat sementara maksud Ma'ani pula ia berkehendakan kepada Zat (Tuhan) dalam istilah bahasa lama disebut sebagai berdiri sifat kepada Zat ertinya setiap yang berkehendakan kepada Zat itu adalah makhluk

Dengan hujah diatas dapatlah kita fahami bahawa kalimah  الا   pada kalimah  لا اله الا الله  itu adalah maqam makhluk kerana ia tidak mutlak, dalam bahasa biasanya ia bermaksud MELAINKAN  dengan erti jika diambil daripada ilmu tafsir bahawa mutlak itu bermaksud  Muunujukkan sesuatu hal yang tidak tertentu tanpa dikaitkan dengan sesuatu, 

Apa yang menjadi persoalan kepada kita ialah jika sifat Qahar Allah itu mengandungi empat sifat ma'ani yang bertaraf  makhluk maka jenis apakah makhluk tersebut ? Sebagai contoh jika sifat Qudrat ia terdiri daripada makhluk apa ? Iradat terdiri daripada makhluk apa ? Ilmu terdiri daripada makhluk apa  dan Hayat terdiri daripada makhluk jenis apa, Adakah makhluk ini merupakan keperluan penting bagi kehidupan semua makhluk termasuk manusia ? Maka bergurulah dengan orang yang arif tentangnya, apa yang kita maklum segala sumber kehidupan wajib ada empat perkara sifat tersebut











MENGENAL DIRI YANG KE 88

9
Salam

SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 87 PADA MENYATAKAN ILMU  LA ILLAHA

Didalam ilmu  لا اله  (Nafi dan Nenafi) sehingga ini suasana mungkin keadaannya seperti disuatu zaman makhluk belum lagi wujud, dan disebut zaman ini sebagai zaman La Ta'ayun (Suatu zaman yang tiada kenyataan) Iaitu tidak ada khabar berita dan cerita tentang makhluk yang dijadikan oleh Allah kerana makhluk  yang mula-mula ujud belum lagi dicipta oleh Tuhan, zaman ini juga disebut oleh Allah didalam surah Al Insan ayat 1 FirmanNya:

هل أتى على الأنسان حين من الدهر لم يكن شيأ مذكورا

Maksudnya:  Bukankah telah berlalu kepada manusia  disatu ketika dari masa (Yang beredar) sedang ia (masih belum ujud lagi) dan tidak menjadi suatu benda yang dapat disebut-sebut (mengapa orang mushrikin itu engkar)

Ayat yang diatas Allah s.w.t menerangkan telah ujud disatu zaman masa dahulu yang mana manusia belum lagi dicipta oleh Allah sama ada manusia batin ataupun manusia zahir, zaman tersebut tidak ada cerita dan berita sebab makhluk belum lagi dicipta, zaman itu diceritakan oleh Allah dalam surah ini supaya manusia tahu bahawa mereka sebelumnya belum ujud dan makhluk yang lainpun demikian juga sebab itu dikatakan suatu zaman yang tidak dapat disebut-sebut (La Ta'ayun) Yang ujud hanyalah Zat dan sifat KeagunganNya sahaja

Kemudian kita pergi kepada tahap kedua pada zaman La Ta'ayun ini iaitu zaman ujudnya sifat Jamal Allah yang mana untuk permulaan zaman  كنت كنزا مخفيا  (Yang terpendam dan tertutup) Iaitu 'Ayan Sabitah (sesuatu yang berada didalam ilmu Allah yang tidak diketahui oleh makhluk) Yang berdasarkan kepada ujudnya kalimah  اله  (Tauhid Uluhiyah) Yang ada didalam cita-cita Allah supaya semua makhluk mengabdikan diri kepadaNya serta mengenaliNya

Kemudian kita pergi kepada seterusnya cita-cita Allah ini iaitu  فأ حببت أن أعرف  (Aku ingin ditemukan dan dikenali) Seterusnya   فخلقت الخلق لكى أعرف   (Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu) Dengan cita-cita supaya makhluk yang dijadikanNya mengabdikan diri kepadaNya, sebagaimana FirmanNya didalam surah Az Zariat ayat 56

وما خلقت الجن والأنس الا ليعبدون
Maksudnya:   Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan mengabdikan diri (mereka) kepadaKu

Semua ini didalam 'ayan sabitah sebelum Allah menjadikan makhlukNya yang pertama iaitu didalam ilmu Allah dan cita-citaNya, kemudian barulah perlaksaan penciptaaNya dilaksanakan dan makhluk yang awal dijadikan oleh Allah  para ulama bercanggah pandangan ada yang mengatakan Nur Muhammad, ada juga yang mengatakan Roh,Akal dan juga qalam, jadi didalam N3 ini saya rangkumkan pandangan ulama tersebut begini:

اول ما خلق الله روحى، وأول ما خلق الله نورى، وأول ما خلق الله القلم، وأول ما خلق الله العقل، فالمراد منها شئ واحد وهو الحقيقة المحمدية

Maksudnya:  Yang pertama yang diciptakan oleh Allah ialah RohKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh Allah ialah NurKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh Allah ialah QalamKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh Allah ialah Akal,Roh,Cahaya, Kalam dan Akal pada dasarnya adalah satu iaitu Hakikatul Muhammadiyah

Siapakah Hakikatul Muhammadiyah itu ?

Hakikatul Muhammadiyah itu ialah Nur Muhammad, Insan juga disebut orang, Nyawa juga disebut orang, Ruhul Hayat juga disebut orang, Diri Sebenar-benar diri juga disebut orang, setelah makhluk yang awal dijadikan Tuhan  lalu Allah lengkap awal makhluk ini dengan Roh, Akal dan juga nafsu yang kemudiannya dikenali sebagai Rohani yang mengikut fitrahnya akan mendiami jasad manusia untuk tempatnya beribadat  iaitu dengan mencipta Adam manusia (jasmani) yang awal secara menual bukan secara KUN kerana sejarah penciptaan Adam adalah mengikut peringkat demi peringkat

Bersambung .....

MENGENAL DIRI YANG KE 87

11
Salam

SAMBUNG DARI MENGENAL DIRI YANG KE 86 (Masih dalam membicarakan ilmu Nafi dan Menafi)

Didalam ilmu ini selain dari yang telah diterangkan diatas maka sifat-sifat yang terdapat didalamnya termasuk juga dengan istilah Ujud (Nafsiyah) Tuhan pada kalimah  لا  dan istilah  Qidam, Baqo, Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis, Qiyamuhu binafsih (Salbiyah) Dan sifat yang lain  yang  didalam ilmu  اله  ialah sifat Sama'a, Bashar dan Kalam (Ma'ani) dan sifat Samiun, Bashirun dan Mutakallimun (Ma'anawiyah) Jadi semuanya mengandungi 11 Sifat Kaya Allah (Istaghna)

Adalah diingatkan bahawa kesemua 11 sifat tersebut disebut sebagai sifat kerana ulama ilmu Tauhid tidak  benarkan membicarakan soal Zat takut nanti manusia tidak akan kesampaian kepada memahamkan ilmu Zat tersebut sebab itu kita masih menyebut ilmu ini sebagai sifat, walau apapun jika kita teliti 11 sifat diatas maka kedudukannya adalah menjadi begini:

Nafsiyah itu adalah diri Tuhan yang bertaraf Zat (Laisa kamislihi syai un)
Salbiyah itu adalah sifat keagungan Tuhan (taraf zat) yang mutlak bagi dirinya sahaja (Asmaul Adhom)
Ma'ani itu adalah makhluk sebab dia berdiri kepada Zat (Tuhan)  atau sifat berkehendakkan kepada Tuhan
Ma'anawiyah itu adalah sifat kebesaran Tuhan yang tarafnya zat yang ujudnya disebabkan (Asmaul Husna)

Timbul persoalan tentang wujud  sifat Ma'ani diatas, mengapa ujud sifat Ma'ani didalam kumpulan Nafsiyah, Salbiyah dan Ma'anawiyah yang semuanya bertaraf Zat ! Disinilah kita perlu faham bahawa sifat Ma'ani diatas mempunyai rahsia yang sangat besar kerana ujud perhubungan diantara sifat makhluk dan juga sifat Tuhan yang menyebabkan ujudnya istilah  Uluhiyah pada kalimah  اله  iaitu tauhid Uluhiyah yang mana perhubungan ini berdasarkan perhubungan asas yang awal iaitu sifat Sama'a, Bashar dan Kalam yang kemudiannya lazim melazimi dengan sifat Sami'un, Bashirun dan Mutakallimun (Ma'anawiyah)

Sifat perhubungan awal diantara Tuhan dan makhlukNya disandarkan kepada fitrah bahawa Tuhan itu adalah PERBENDAHARAAN YANG TERSEMBUNYI iaitu segala fitrah ilmu adalah berasaskan kepada sifat Mendengar, Melihat dan Berkata-katanya Allah yang kemudian dimuatkan didalam Kalamullah iaitu Al Quran iaitu Tuhan sangat memahami kerenah manusia dan hambaNya yang lain melalui rintihan sekalian makhlikNya sebelum sekalian makhlukNya dijadikan ini bererti segala-galanya adalah didalam ilmu Allah bagi sekalian urusan sebagaimana firmanNya: (Surah Ar Rahman ayat 29)

يسئله من فى السموات والأ رض كل يوم هو فى شأ ن 

Maksudnya:   Sekalian makhluk yang berada di langit dan bumi sentiasa berhajat dan bermohon kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam urusanNya (Mencipta dan mentadbir makhlukNya)

Ayat diatas memungkinkan bahawa Allah mencipta dan mentadbir makhlukNya dengan amar KUN dengan ujudnya dua sifat iaitu sifat Jalal dan juga sifat Jamal yakni apabila bertemu diantara sifat Jalal dan sifat Jamal maka disanalah di isyaratkan Kun dan Fayakun, ini bererti dengan sifat Nafi dan menafi itulah ujud Tuhan yang menjadikan sesuatu (Tauhid Rububiyah)

Sambung ....










MENGENAL DIRI YANG KE 86

16
Salam

SAMBUNGAN DARI MENGENAL DIRI YANG KE 85 BERHUBUNG DENGAN KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH  BERKONSEFKAN  SIFAT 20

Memahami ilmu   لا اله الا الله   mengikut kaedah sifat 20, pelajaran yang lepas kita telah sentuh ilmu Nafi dan Asbat yang berasal dari kalimah   لا اله الا الله   dinyatakan juga tentang orang yang boleh menjadi kafir nafi dan kafir Asbat kerana kedangkalan mengenal ilmu   لا اله الا الله   dan sikap terburu-buru manusia kerana telah dikuasai oleh syaitan yang menguasai diri mereka

Kita mulai dengan memahami ilmu   لا اله   iaitu ilmu   لا   Nafi dan   اله   ilmu menafi, kedua-dua huruf ini dicantumkan supaya mudah dihuraikan dengan menamakannya  hanya dengan istilah menafi dengan maksud TIADA TUHAN YANG DISEMBAH, andainya itulah pengertian yang diberikan mengikut maksud bahasa arab maka tidaklah ujud istilah kafir nafi, namun apabila ujud sahaja kafir nafi tentulah ia bersebab bahawa nafi itu mempunyai ilmu kewujudan Yang Maha Pencipta pada kalimah tersebut, kerana itu dikatakan:

لا   itu adalah sifat Jalal (Sifat Kebesaran) yang mengandungi lima sifat iaitu sifat Wujud, Qidam, Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis dan Qiyanuhu binafsih sementara kalimah   اله   itu adalah sifat Jamal (Sifat Keindahan) yang mengandungi enam sifat iaitu sifat Sama'a, Bashar, Kalam, Sami'un, Bashirun dan Mutakallimun, jadi kedua-dua kalimah ini mengandungi 11 sifat, sifat ini juga dinamakan sifat kaya Allah s.w.t jadi jelaslah sekarang walaupun kita sekarang membicarakan bab Nafi akan tetapi Nafi yang ada, bukan Nafi yang bermaksud tidak ada Tuhan, sebab itu kita kena faham ilmu bagaimana hendak menafikan Tuhan yang wujud didalam ilmu   لا اله   (Tiada Tuhan Yang Disembah)

Contoh bagaimana ilmu menafi itu ialah:

Menafikan Tuhan tidak bersifat dengan 11 sifat diatas melainkan dia memiliki 11 sifat tersebut yang mana pada 11 sifat itu diri Tuhan yang WUJUD telah ujud juga disitu, ini menunjkkan bahawa pada kalimah Nafi itu menunjukkan adanya Tuhan BUKAN tiadanya TUHAN kerana itu konsef menafi itu adalah MENAFIKAN TUHAN TIDAK BERSIFAT WUJUD MELAINKAN DIANYA WUJUD, demikian juga dengan sifatnya yang lain seperti Qidam, Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis .... dan seterusnya kepada 11 sifat kesemuanya

Sambung .....

MENGENAL DIRI YANG KE 85

6
Salam

Sambungan kalimah Syahadah    لا اله الا الله   daripada mengenal diri yang ke 84


Semua orang faham mengucapkan kalimah syahadah diatas namun tidak ramai yang memahami ilmunya, apabila tidak ramai yang memahami ilmunya maka akan lahirlah jenerasi manusia yang syirik dan buta dengan tamadun hidup yang dianjurkan oleh Allah s.w.t

Daripada kalimah  لا اله الا الله  maka lahirlah kalimah Nafi dan Asbat, daripada nafi dan asbat itu maka lahirlah dua jenis kafir iaitu kafir nafi dan juga kafir asbat SEKIRANYA  kita tidak faham ilmu kalimah  لا اله الا الله  itu, adapun kafir Nafi itu ialah :

Sesiapa yang menolak bahawa Allah itu tidak mempunyai sifat yang sempurna atau nama yang sempurna atau mentakwilkan apa-apa kekurangan bagi ZatNya, AsmakNya, SifatNya dan juga Af'alNya, sementara kafir Asbat ialah :

Sesiapa yang mengakui ujudnya Tuhan disamping itu mereka juga mengakui bahawa Zat Yang Maha Agong itu memiliki isteri, anak dan bapa serta meletakkan sifat mustahil kepada diri Tuhan sebanding dengan sifat makhluk maka sesungguhnya mereka telah menjadi kafir yang nyata

Adapun kalimah nafi didalam kalimah  syahadah itu ialah kalimah  لا اله  dan kalimah Asbat pula ialah kalimah  الا الله . Secara jelasnya ialah kedua-dua kumpulan kalimah itu tidak boleh sama sekali di farakkan (dipisahkan) sesiapa yang memisahkannya mereka adalah jatuh kafir atau istilahnya ialah sesiapa yang memfarakkan diantara nafi dan Asbat maka jatuh menjadi kafir, mengapa jadi demikian ?

Nafi yang boleh menjadi kafir ialah kerana kalimah nafi dari jurus ilmu huruf pada setiap yang terdapat pada kalimah tersebut bukan dari maksud ma'ana huruf, kerana itu nafi atau menafikan perkara yang ujud adalah salah kerana itu dikatakan didalam nafi ada Asbat dan didalam Asbat ada Nafi . Adapun nafi didalam Asbat itu adalah pada kalimah  الا  kerana ianya tidak mutlak secara jelas tentang Qudtar,Iradat,Ilmu dan Hayatnya


Adapun Asbat didalam Nafi ialah pada kalimah huruf  اله  kerana huruf kalimah ini ada kalanya ia menunjukkan ujudnya Tuhan yang disembah seperti ayat pada surah Al Baqarah 163, An Nisa 171 dan S.Khafi ayat 110 dan ayat yang lainnya, ada kalanya ia menunjukkan Tuhan yang lain selain dari tuhan yang tidak disembah seperti maksud huruf  yang terdapat pada  لا اله  (Tiada tuhan yang disembah)


Kedua-dua jenis tauhid yang menuju kepada satu matlamat Tuhan Yang Maha Esa ini adalah dari segi perjenisan Tauhidnya sahaja iaitu Tauhid Rabb iaitu Tauhid Tuhan yang menjadikan  sesuatu daripada alam ini yang dipunyai oleh seluruh makhluk tanpa engkar sama ada makhluk yang ghaib ataupun makhluk yang nyata sementara Tauhid Uluhiyah yang berasal dari pengertian اله  ini hanya dimiliki oleh makhluk tertentu sahaja iaitu makhluk yang beribadat seperti manusia yang beriman dan Malaikat yang sentiasa patuh atas suruhanNya seperti semua jenis ibadat yang difardhukan (wajib) dan sunah yang dibolehkan

Sambung .....



MENGENAL DIRI YANG KE 84

13
Salam

MENGENAL ILMU LA ILAHA ILL ALLAH (1)

Didalam Al Quran ayat 35 dari surah As Soffat Alah berfirman: 


أنهم كا نو ا أذا قيل لهم لا اله الا الله يستكبرون

Maksudnya :   Sebenarnya dahulu apabila dikatakan kepada mereka (ketahuilah) Tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, (kemudian) Mereka bersikap takbur mengingkarinya

Ayat yang diatas menunjukkan unjud nas yang mengesahkan adanya terdapat kalimah syahadah, berbagai-bagai andaian manusia tentang ayat syahadah ini, ada yang berpandangan yang ada hanya ayat yang menyebut  لا اله الا هو  sahaja dan ada yang sebut  انا الله  sahaja, walau apapun semua itu ada didalam Al Quran, apa yang penting ialah jangan kita jadi orang jahiliyah yang ketandusan ilmu yang suka membuat olah kerana ketaksuban kita atau kelemahan kita

Orang jahiliyah tidak menerima kalimah  لا اله الا الله  kerana mereka merasakan bahawa kalimah Tauhid yang dibawa oleh Baginda Rasullullah s.a.w itu berlainan bunyinya dengan loghat bahasa arab iaitu bahasa Quran selain mereka mempunyai Tuhan yang datuk nenek mereka sembah lalu mereka menuduh Baginda Rasullullah s.a.w sebagai seorang penyair yang gila, mereka hina rasul walaupun rasul yang perkenalkan kalimahTuhan, mereka hina Rasul walaupun Rasul perkenalkan Al Quran

Saya menganggap  ILMU MENGENAL LA ILAHA ILLALLAH  ini adalah sebagai mukaddimah kepada pengertian huruf dan kalimah tauhid  yang wajib difahami oleh semua lapisan dan golongan umat islam kerana kalimah ini adalah kalimah yang melahirkan asa-asas ilmu yang sangat meluas yang meliputi langit dan bumi sama ada ilmu asas kepada yang nyata mahupun yang ghaib, tentunya saya akan menghadapi berbagai-bagai rintangan dan halangan dalan kontek istilah namun apa yang penting ialah ia akan melahirkan suatu kefahaman ilmu dan penilaiannya

Saya mungkin akan menggunakan kaedah sifat 20 dalam menganalisa kalimah Tauhid ini kerana saya tidak nampak cara yang lain untuk memburaikan maksud kalimah tersebut yang membawa kepada ketamadunan kehidupan manusia dan istilahnya, tidak ada umat islam yang berani mencari rahsia ilmu kalimah Tauhid itu melainkan hanya menyalahkannya sahaja seperti kaum Jahiliyah di Makkah dan Madinah dan disekitarnya yang tidak mahu menerima kalimah tersebut setelah diterangkan oleh Baginda Rasullullah s.a.w

Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah, Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dua ayat yang sama ma'ana akan tetapi berlainan maksudnya, ATAU  Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tiada tuhan melainkan Allah, mengapa boleh jadi begini ? Persoalannya mudah, kerana boleh jadi Tuhan itu bukan tuhan dan boleh jadi tuhan itu sebenarnya adalah Tuhan oleh sebab itu adalah penting kita mengenal huruf, ayat dan pengertiannya


Bersambung .....