Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 52

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Sambungan ....

Apa yang sedang di nantikan oleh semua manusia ialah untuk memahami bahawa Al Quran itu ada di dalam hati manusia dan ada di dalam dada manusia sebagaimana yang di terangkan pada pelajaran mengenal diri yang 51, mungkin ramai yang merasakan pelik dan tidak menesabah bahawa Al Quran itu ada di dalam diri manusia, walau apapun itulah yang di tentukan Allah dalam Al Quran, cuma dalam berbentuk apa ? Itulah yang hendak di ketahui oleh kebanyakan orang, jika berbentuk Al Quran sebagaimana yang kita ketahui (bentuk kitab yang ada hurup dan rupa) maka itu adalah mustahil kerana tidak mungkin Al Quran berbentuk itu di muatkan di dalam satu jasad

Al Quran adalah panduan hidup dan mati manusia, panduan yang lain selain daripadanya adalah tidak layak, Al Quran adalah kalam Tuhan, dia bersifat Nur kepada sekalian alam ciptaan Tuhan, yang mengikutinya atau menjadikannya panduan akan selamat dan yang mengingkarinya akan memperolehi bala dan bakal akan menjadi bakaran api neraka, ertinya kepada orang yang mempunyai akal akan melihatnya sebagai sesuatu yang benar dan suci bersih dengan tiada keraguan terhadapnya, kerana itu layaklah ia di namakan kalam yang kadim iaitu kalam Tuhan, Rasullullah sendiri tidak akan bercakap melainkan percakapannya adalah Al Quran, ini bererti cakap yang benar dan haq

Di dalam Quran juga ada ayat yang menggelarkan Al Quran ini sebagai hablillah (tali Allah) iaitu tali yang mengaitkan antara hamba dengan Tuhannya atau tali yang mengikat perhubungan di antara Allah dan seorang hambaNya ( hamba dan Tuhan tidak bercerai) jika tali ini tidak di pegang teguh maka akan bercerai berailah manusia bersama Allah atau sesama manusia dalam erti jalinan roh penghidupan yang berasaskan ukhwah mengikut fitrah Jauhar Basit ( iaitu benda yang tersangat seni yang bersih yang menjadi sumber kelapangan kehidupan) ertinya yang berkait dengan nyawa atau tali nyawa (Hablillah) yang berasal daripada Nurullah yang terpampang luas

Hablillah ini mengenal Tuhannya sejak dari alam Roh lagi dan dialah yang mengakui bahawa Tuhan itu adalah Rabbi iaitu Tuhan yang menjadikannya, kalamnya tidak pernah dusta sebagaimana Rasullullah bersabda tidak mengikut perasaannya melainkan mengikut panduan Al Quran semata-mata, ini bererti bahawa setiap manusia wajib percaya bahawa ilmu La haula Wala itu wajib di fahami bahawa ia di kuasai oleh Quwwata illa billah dan jika ilmu ini mahu di kaitkan dengan ayat Al Quran dari surah Al Maidah ayat 15 pun elok juga namun perlu di tafsirkan kepada peristiwa Rasullullah itu sebagai pembawa Nur kepada manusia yang bersamanya ada Al Kitab Al Quran

bersambung ...


Comments (23)

Salam ustaz,

Mcm mana kalau seseorang tu kuat beribadat menjaga syariat tetapi tidak mendapat taufik dan hidayat untuk pergi lagi jauh seperti ilmu hakikat dan marifat?
Adakah ibadat mereka itu diterima?Sedangkan mereka kenal luaran sahaja

Salam Ady,

Dalam islam tidak ada dengan syari'at saja, jika syari'at sahaja maka tak perlulah adanya hukum qalbi di dalam ibadat ,maka itu adalah mustahil

jika kuat ibadat akan tetapi tiada tarikat dan hakikat juga makrifat maka ia adalah sia-sia dan batal sama sekali

Salam Ustaz.

Terima kasih di atas jawapan tersebut sama sekali.Soalan yg selanjutnya saya ingin bertanya jikalau seseorang hanya amalkan zikir "LA ILLA HA ILLALLAH" tanpa baiah dari seorang guru yg muktabar,bagaimana pandangan ustaz?org tersebut merasakan zikir itu sudah mencukupi utk pegangan beliau sampai bila2.terlebih dulu saya mengucapkan bebyk terima kasih dan semuga Allah merahmati ustaz.

wasalam

Salam,

Saya rasa segala pertanyaan ataupun komen eloklah di gunakan ruang ini kerana ia lebih sesuai

Berhubung dengan pertanyaan Ady tentang di gurukan ilmu La Illaha Illallah ini maka ia adalah satu cara yang terbaik dan sangat berkesan kerana ilmu La Illaha Illallah ini adalah ilmu asas yang menceritakan asal usul seluruh alam ciptaan Tuahn, sebab itu saya pernah katakan bahawa apa saja yang kita nak tahu tentang cerita alam maka galilah ilmu La Illaha Illallah

Bai'ah adalah bermaksud menyerahkan diri kepada seorang guru bagi mempelajari sesuatu ilmu terutamanya yang berkait dengan akidah, apa bila di sebut bai'ah maka wajib patuh kepada ajaran guru selagi ilmu yang di ajarkan itu benar dan tidak wajib patuh apabila ilmu itu sudah terpesung

Ma'af kerana terlewat menjawab sebab saya baru balik dari memberikan kuliah ilmu ini di K.Lumpur

Terima kasih Ady

Salam,

Saya rasa segala pertanyaan ataupun komen eloklah di gunakan ruang ini kerana ia lebih sesuai

Berhubung dengan pertanyaan Ady tentang di gurukan ilmu La Illaha Illallah ini maka ia adalah satu cara yang terbaik dan sangat berkesan kerana ilmu La Illaha Illallah ini adalah ilmu asas yang menceritakan asal usul seluruh alam ciptaan Tuahn, sebab itu saya pernah katakan bahawa apa saja yang kita nak tahu tentang cerita alam maka galilah ilmu La Illaha Illallah

Bai'ah adalah bermaksud menyerahkan diri kepada seorang guru bagi mempelajari sesuatu ilmu terutamanya yang berkait dengan akidah, apa bila di sebut bai'ah maka wajib patuh kepada ajaran guru selagi ilmu yang di ajarkan itu benar dan tidak wajib patuh apabila ilmu itu sudah terpesung

Ma'af kerana terlewat menjawab sebab saya baru balik dari memberikan kuliah ilmu ini di K.Lumpur

Terima kasih Ady

salam ustaz,
sy adalah seorang remaja,baru2 ini sy telah menjalinkn hubungan cinta dgn seorang gadis,.bagaimanakh caranya untuk mendapat cinta yg diredhai Allah?sy mnjdi takut kalau cinta saya itu menyebabkn Tuhan murka..

salam ustaz,

kalau kita tidak solat adakah bermakna itu syirik?

salam ustaz,
dalam ceramah maulid nabi yg sy dengar,benarkah dikatakan bapa saudara rasullulah s.a.w itu bukan seorang muslim?walaupn dia banyak membantu rasullulah s.a.w dlm berdakwah.

Salam tanpa nama,

Jaga batas akhlah, selalu berbincang soal agama, jangan mulakan cerita ransangan, kamu kena jujur tentang kata-kata

Salam Ridwan,

Perbuatan syirik bukan kerana solat, jika kamu tidak soalat hukumnya berdosa, jika kamu syirik ertinya kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu

Salam,

Kepada hamba Allah,

Bapa saudara nabi yang mashur ialah Abu Mutalib dan Abu thalib, kesemua mereka tidak beragama dengan agama yang di bawa oleh nabi, malah Abu Thalib mati dalam keadaan kafir sebab ia sangat berpegang kepada semangat kebangsaan 9Asobiyah) lantas dari sikap Abu Thalib inilah nabi tidak mengaku umatnya kepada orang yang berfahaman kebangsaan

Salam Ustaz.

Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih di atas penjelasan tersebut dan semuga ustaz di dalam berbahagia selalu hendakNYA.

Seperti pertanyaan saya diluar itu,adakah pengertian solat dan solah itu membawa makna yang sama?

Tentang Al-Quran Karim dan Al-Quran Hakim apekah perbezaannya dan kepunyaan siapa?Bukankan ianya buku dan kisah penceritaan sahaja tentang hukum hakam buat kita dan ianya mukjizat MUHAMMAD?

Kalimah La Illaha Illallah ini menafikan yang lain selain Allah dan pabila di baca dan diucapkan kalimah ini bergetar 7 petala langit dan 7 petala bumi kan ustaz?

Wasalam.

Salam Ustaz.

Macam mana saya nak menundukkan dan membersihkan NAFSU 7 itu?

Kenapa setiap solat itu bilangannya berbeza-beza?Itu menunjukkan ape sebenarnya?Kenapa solat itu tidak boleh dikumpul kesemuanya dan dikerjakan dlm SATU waktu.

Kenapa dan mengapa BISMILLAH hanya ada 19 huruf dan mana perginya 1 huruf tu?Kan molek kalau cukup 20 dan sama seperti SIFAT 20 ALLAH?Apa yang terkandung pada angka 19 itu.Urat sendi kaki dan tangan seorang insan ke?atau ada makna lain yang tersirat pada yg tersurat?

salam uztaz,
terima kasih,dlm hadis qudsi terdapat banyak petunjuk dibagitahu seperti insan itu rahsiaku dan aku mnjadi rahsia insan itu dan byk lagi,.saya hairan kerna kenapa ia tidak diterangkan dan diceritakn oleh ulamak2 sekarang?
Apakah mereka tidak tahu menahu ttg hadis ini?

saya baca baca baca baca quran, dan terjemahannya, cuma sekarang ini baru berbekas di hati. saya rasa kematangan fikiran dan keterbukaan minda dan hati juga memainkan peranan penting. dan terlebih penting bila kita dah boleh menyisihkan kepentingan yang lain-lain, barulah 'ia' akan datang menghampiri.

ia - bolehlah dikatakan sebagai ilmu yang menyedarkan.

macamana komen bapak?

Salam..

Setuju dgn pendapat Mak Su... selain itu manusia perlu melihat dan memikirkan maksud yg tersirat pada ayat-ayat quran itu... kebanyakan manusia mengambil mudah dgn mengambil maksud tersurat shj. Pabila dikupas maksud tersirat.. maka dikatakan kita memandai2 ataupun sesat... sedangkan Al-quran itu perlu dipelajari dgn 3 cara ;

1. Pemahaman Tersurat
2. Pemahaman Tersirat
3. Hikmah ayat-ayat al-quran

Sedangkan Aishah pernah berkata "Akhlak Nabi ibarat Alquran yg berjalan".. Jadi apakah maksud beliau?.. pengkajian melalui tersirat maka berjumpa2lah segala ilmu yg tersimpan... Wallahualam

Salam Ady

Tiada beza di antara solat dengan solah, mengikut istilahnya ialah as salah, demikian juga dengan al Karim (pemurah) dengan al hakim (bijaksana) kedua-dua ini adalah Asmak Tuhan

Untuk menundukkan nafsu ada zikirnya dan ada maqamnya, ini kena berguru dengan ahlinya, berhubung dengan jumlah roka'at ia di kaitkan dengan peristiwa nabi dan rasul yang tertentu dan di kaitkan juga dengan nafsu

Kalimah Bismillah.... 19 huruf yang di kaitkan dengan malaika zabaniyah, tidak timbul 20 dan sebagainya atau 99 dan sebagainya, kerana itu kita perlu perhatikan rahsia titik BA

Salam kepada Ridwan Hafiz

Sebenarnya mereka tidak mahu menyentuh soal zat atau mereka sememangnya tidak tahu kerana bukan jurus mereka, sebab itu zaman sekarang pelajaran akidah sudah pupus

Salam kepada Mak Su, sebenarnya cerita dalam Al Quran adalah cerita undang-undang, cerita batas boleh dan batas tidak boleh di dalam hukum dan hakamnya, di samoing itu banyak cerita tentang berbagai-bagai cerita yang terdapat di dalamnya supaya di jadikan suri tauladan yang kebal dari dunia hingga ke akhirat

Salam kepada jutawan CPO

Al Quran itu mengandungi maksud tersurat sebanyak 5 jurusan dan 5 jurusan pula pada maksud peringkat tersirat, kebiasaannya apa-apa yang berlaku maka tersiratlah yang menjadi kenyataan, sebab itulah pentingnya kita mempelajari ilmu balaghah, mantik dan bayan

Salam ustaz.

Bebyk Terima kasih Ustaz.Sudah terang lah ape yg kusut di benak ini dan ape yg bermain di fikiran ini.

hehe baru terang aje belum terlerai lagi.huhu

ada tak guru mengenal diri ni di pulau pinang?

ada tak guru mengenal diri ni di pulau pinang?