Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 34

Assalamu'alaikum Wr,Wb

INSAN adalah diri sebenar diri manusia, ia menjadi nyawa kepada jasad manusia, ia berbentuk nafas yang tidak berupa apa jugapun atau di katakan sebagai rahsia atau Sirullah (rahsia Allah) di sebut juga oleh orang yang mempelajari ilmu ini sebagai Al Insani sirri wa ana sirrahu (Insan itu rahsiaku dan Akulah rahsianya)

Adapun Insan atau nyawa itu pada awalnya tidak di sertai oleh nafsu, ertinya ia bertaraf malaikat, ertinya hanya dia semata-mata, ia adalah rahsia kepada jasad dan tidak mati, yang mati itu adalah jiwa dan hawa, selain itu ia tidak tidur-tidur atau berehat, dia mengenal rupa wajah jasad tempat dia tinggal

ASAL USULNYA

Nyawa berasal daripada Allah iaitu Nur Zat Allah, kemudian dia di kenali sebagai nyawa Nur Muhammad ertinya Nur yang terpuji yang bersifat sempurna yang kemudiannya di kenali sebagai Ruhul Quddus yang bersifat Roh, ertinya menjalankan urusan TuhanKu, daripadanya di kenali sebagai nyawa Insan (yang tidak berkait dengan jasad manusia)

Daripada nyawa insan di jadikan pula nyawa malaikat, daripada nyawa malaikat di jadikan pula nyawa jin, kemudian jika ia tidak patuh maka di jadikan pula nyawa syaitan, daripada nyawa syaitan di jadikan pula nyawa sekalian binatang, daripada nyawa binatang di jadikan pula nyawa sekalian tumbuh-tumbuhan

Adapun anasir Muhammad itu ialah dari wujud, Ilmu, Nur, Shuhud, asal wujud berasal daripada Zat, asal ilmu daripada sifat, asal Nur daripada asmak, dan asal shuhud daripada Af'al, ertinya semua itu adalah daripada Allah

Soalan:

Apakah yang di maksudkan Sirri?

Jawapan:

Maksud Sirri itu ialah rahsiaKU, ini membawa kepada maksud keadaan Insan itu tidak berupa apa jugapun, ibarat rupa angin secara kefahaman yang kasar, ertinya kita tidak dapat nak menyatakan bagaimanakah rupa angin tersebut, akan tetapi angin bukanlah Tuhan, samalah istilahnya dengan Jisim dan Jirim yang terdiri dari Jauhal Fardhi ( benda yang tersangat kecil yang tidak dapat di bahagi-bahagikan kerana tersangat kecilnya)

Soalan:

Mengapakah ia di katakan bertaraf malaikat?

Jawapan:

Ia bertaraf malaikat kerana ia tiada nafsu beserta dengannya

Soalan:

Bilakah ia berserta dengan nafsu?

Jawapan:

Apabila ia di namakan atas satu nama iaitu Rohani, namun walau apapun ia ada kerja yang wajib di laksanakan dengan tersendiri tanpa nafsu dan nama ini di kenali sebagai Ruhul Hayat, demikianlah jika mengikut adat (Fitrah asalnya)

Soalan:

Boleh ataupun tidak jika katakan dia sebagai raja segala nyawa?

Jawapan:

Benar, sebab daripadanyalah asal usul segala nyawa sekalian makhluk yang Allah jadikan

Soalan:

Adakah segala gerak dan diamnya datang daripada Allah?

Jawapan:

Benar, segala gerak dan diamnya adalah daripada Allah sebab dia adalah makhluk, walaupun ia bertaraf zat La yakh luqu (zat yang tidak menjadikan sesuatu)

Soalan:

Dalam keadaannya yang tanpa sifat bagaimanakah ia mengenal jasadnya?

Jawapan:

Dia memang mengenal wajah sarangnya atau jasadnya ini kerana ia masih mempunyai sifat sama'a, bashar dan kalam inilah secara rengkasnya ilmu ini

Comments (7)

salam pak..
dari nyawa insan dijadikan nyawa malaikat.
bermakna sebelum nyawa insan dimasukkan kejasad adam,malaikat sudah ada ye pak?nyawa2 yg lain juga menyaksikan semasa nyawa insan dimasukkan kejasad adam?

Assalamu'alaikum....

Jika nyawa insan tiada maka malaikat tidaj wujud kerana daripada nyawa insanlah nyawa malaikat terbentu!

nyawa insan itu lebih tinggi la 'darjatnya' dari malaikat?

Assalamu'alaikum ....

Jawapan saya Ya, ia lebih tinggi dari malaikat, sebab apabila saja nyawa itu masuk kedalam jasad Adam maka Allah memerintahkan sekalian malaikat sujud pada Adam termasuklah Azazil (Jin) he, he, he, he

Sebab itu kita hendaklah memahami akan ketinggian taraf nyawa kita itu dan sebab itulah juga Allah menyebut bahawa "Aku jadikan Insan itu sesempurna-sempurna kejadian) ini lah dalil quran yang kata'ie

Assalamu'alaikum ....

Jawapan saya Ya, ia lebih tinggi dari malaikat, sebab apabila saja nyawa itu masuk kedalam jasad Adam maka Allah memerintahkan sekalian malaikat sujud pada Adam termasuklah Azazil (Jin) he, he, he, he

Sebab itu kita hendaklah memahami akan ketinggian taraf nyawa kita itu dan sebab itulah juga Allah menyebut bahawa "Aku jadikan Insan itu sesempurna-sempurna kejadian) ini lah dalil quran yang kata'ie

saya nak tambah daripada ulasan ustaz berkenaan kepatutan malaikat dan jin kena sujud kepada Adam.Kalau tak betul minta ustaz betulkan....hehehe ulang byk2 kali pun masih tak manthob saya nih...baik jelasnya kerana Zat Yang Menjadikan sesuatu (Allah) adalah BERSERTA dengan Zat Yang Tidak menjadikan sesuatu(manusia Adam) yang ada dalam nyawa.

kalau nak ikutkan drp 3 sifat ma'ani iatu qudrat iradat dan ilmu juga ada unsur BERSERTA (lazim melazimi) dengan Allah (melalui sifat ma'anawiyah iaitu kaunuhu qodirun,kaunuhu maridun dan kaunuhu a'limun...pada mulanya saya pikirkan sifat2 di atas juga merupakan alasan wajar jin dan syaitan kena sembah tapi bila baca drp kaitan kerja rohani yang digerakkan oleh Allah bergantung kepada keadaan ilmu dan nafsu manusia maka saya mula berfikir daripada 3 sifat ini bukanlah alasan yang wajar. Sebaliknya kaitan di antara Kaunuhu hanyyun dan sifat hayat(yang mengerakkan nyawa dalam rohani)menjadi alasan utama.....betul ke ustaz